love


Friday, 10 February 2012

kisah Si Jinggo.. :D


Hye All.. haa sape nak kenal ngan Jinggo aku.. nie la dia.. si nakal.. family aku bela dia dari kecik ag.. xtaw la datangnye dari mana. tetibe jew dah ade depan rumah. Mybe nie la dikatakan anugerah.. hik3..Kitorang memang sayang sgt kt dia nie sbb dia comey sgt taw..ok la nnti aku cerita lagi kisah jinggo nie ek.. peace yaww!

H.O.L.L.A.N.D ♥


Guys, korang taw tak maksud H.O.L.L.A.N.D tu ape ?? jeng3..:D maksud dia Hope Our Love Last And Never Dies.. Hope cinta kita jugak akan seperti tu kekal dan tak pernah mati.. :)♥

Thursday, 9 February 2012

Bertuahnya Menjadi Wanita

~ 2 rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil...

~wanita yang beri susu dada kepada anak nye daripada buah dada nye akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya..

~Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad...

~Wanita yg menyebabkan suami nye keluar di jalan Allah dan kemudiannye menjage rumahtangga nye akan masuk syurga 500 tahun lebih awl dripada suaminye dan jadi ketua kepada 70 000 malaikat da bidadari.wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuat dripada permata yaqut...

~Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu Baitullah...

~Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat di malam hariii....

~Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puase dan setiap kesakitan pade satu uratnye.. Allah akan beri satu pahala haji...

~Seorang wanita yang solehah lebih baek dripada 70 lelaki y soleh...

~Wanita yang picit suami tanpa di suruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri y memicit apabile disuruh suami mendapat 7 tola perak..

~Seorang isteri yang menyambut baek kehadiran suami nye yang dalam keadaan marah, Allah akan beri kepade nye setengah pahala jihad...

~Apabila wanita menyusukan anaknye yang menangis di waktu malam dengan sabar, die mendapat pahala satu tahu sembahyang dan puse..

~ Kalau wanita menyusui anaknye sampai cuku tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang membawa kabar gembire bahawa wajib syurga bagimu..

~Wanita yang tidak cukup tidur pade malam hari kerana menjage anan kye yang sedang sakit akan di ampun oleh Allah seluruh dosenye dan bile die hiburkan hati anaknye.. Allah memberinye 12 tahun pahala ibadat..

~DAN... jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinye.. die akan mendapat pahala 80 tahun ibadat....

Saturday, 3 December 2011

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


..InsyaAllah..

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..



Kamu datang membawa sejuta janji..
Kamu datang membawa sejuta pengharapan..
Dia itu bunga, wahai kumbang...
Dia itu bunga....
Disentuh oleh tangan asing, layulah ia..
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia...

Jangan kau gantung dia tiada bertali..
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati..
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur....

Petiklah ia....
Secepatnya!.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri..
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini...
Bukankah itu ajaran Rasul kita?..
Bukankah itu menghindari kemurkaan Tuhan kita?..
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh....
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nan abadi.....(^_^)

Kesedihan tak akan Abadi...

Maka tersenyumlah Wahai diri,
Roda kehidupan selalunya berputar ada kalanya bahagia terasa..Sedih.. Merintih dan juga air mata.Tapi tahukan engkau,ada Dia yang Selalu menatapmu Lembut ... yang paling tahu apa Yang terbaik Untukmu.Dia Memberi apa Yang kamu perlukan Bukan apa Yang kamu inginkan.

maka Tersenyumlah wahai Diri,
semua Yang terjadi Juga kerana Kehendak-Nya,semua berjalan atas Rencana-Nya.Ilmu-Nya meliputi segalanya dan kau tak MUngkin menjangkaunya... jadi Untuk apa resah untuk Sesuatu yang Belum pasti kejadiannya.Bukankah janji-janji-Nya itu pasti.
Allah Maha Mengetahui.

Ada Dia Yang selalu Maha Memberi,dan Dia Memberikan kepadamu segala apa yang kau Mohonkan pada-Nya.Dan Jika kau mampu menghitung Nikmat-Nya..maka tak ada alasan bagimu untuk mengeluh atas apa yang saat ini Allah Berikan.

Hidup Selalu berjalan meski terkadang hati tak Menginginkannya,yang Dicinta akan pergi,yang Didamba akan Hilang ..Maka dekatkanlah Dirimu dengan-Nya kerana Dia yang Maha Kekal.

Seorang hamba akan rapuh tanpa Tuannya,,begitu juga kita sebagai seorang hamba..Maka hanya pada-Nya lah Kita menggantungkan segala Asa Dan harapan..Kerana Allah Maha Kuasa.. kau tak akan pernah kecewa.

Ini ujian dari-Nya,dan Dia tak kan menguji Hamba-Nya melebihi batas Kemampuan seorang Hamba itu.Tapi bukankah manusia memang diuji,untuk mengetahui mana yang paling Bertaqwa kepada-Nya,maka tetaplah istiqomah dijalan-Nya


Selalu ada hikmah Dibalik Musibah,Selalu ada kemudahan setelah kesulitan,,, Semua akan Indah pada saatnya,,,maka bersabarlah.

" Tersenyumlah Wahai Diri...semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepada-NYA.."